بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa sepuluh (10) buah agensi pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (menggunakan Visa Umrah) bagi tempoh tiga (3) tahun, iaitu bermula dari tahun 1446 Hijrah hingga 1448 Hijrah. Agensi-agensi pelancongan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1.Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sendirian Berhad;
2.Syarikat As-Safa Travel & Tours Sendirian Berhad;
3.Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad;
4.Syarikat Balurih Travel Sendirian Berhad;
5.Syarikat Continental Yachting Sendirian Berhad;
6.Syarikat Dar El Ehsan Travel Sendirian Berhad;
7.Syarikat Darussalam Services Sendirian Berhad;
8.Syarikat Raudah Al-Amin Sendirian Berhad;
9.Syarikat Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad; dan
10.Syarikat Titian Travel & Tours Sendirian Berhad.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah (menggunakan Visa Umrah) adalah dikehendaki untuk mengikuti dan menghubungi agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan tersebut.