Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

PEMERIKSAAN KESIHATAN (PERJUMPAAN DOKTOR) BAGI BAKAL JEMAAH HAJI YANG TERPILIH UNTUK MENUNAIKAN FARDHU HAJI MUSIM HAJI BAGI TAHUN 1446H/ 2025M

​Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa Pemeriksaan Kesihatan (Perjumpaan Doktor) bagi Bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Fardhu Haji Musim Haji Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi akan diadakan bermula pada hari Isnin, 16 Jamadilawal 1446 bersamaan 18 November 2024, sepertimana jadual berikut:

BilDaerahTempat Pemeriksaan KesihatanTarikh/ Jam
1

Daerah Tutong

Hospital Pengiran Muda

Mahkota Pengiran Muda Haji

Al-Muhtadee Billah

 

Tarikh:

18 dan 19 November 2024

Jam:

8:30 pagi – 12:00 tengah hari

1:30 – 4:00 petang

2

Daerah Temburong

 

Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Bangar

Tarikh:

20 November 2024

Jam:

8:30 pagi – 12:00 tengah hari

1:30 – 4:00 petang 

3Daerah Belait

Hospital Suri Seri Begawan,

Kuala Belait

 

Tarikh:

21, 23 dan 25 November 2024

Jam:

8:30 pagi – 12:00 tengah hari

1:30 – 4:00 petang

 

4

 

 

Daerah Brunei dan Muara

Pusat Amal Cerah Sejahtera, Kampung Belimbing, Subok, Mukim Kota Batu

(Seberang Taman Riadah Tasik Sarubing)

Tarikh:

26 November 2024 hingga selesai

​Jam:

8:30 pagi – 12:00 tengahari

1:30 – 4:00 petang

 

Bakal Jemaah Haji adalah dikehendaki untuk hadir menjalani Pemeriksaan Kesihatan tersebut pada tarikh dan tempat yang telah diaturkan dengan membawa bersama Kad Pengenalan Pintar,  Kad Bru-Hims,  Buku Rekod Kesihatan, dan Panduan Kesihatan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (jika ada), serta Buku Suntikan berwarna kuning (jika ada).

 


Attachments