بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengenai Garis Panduan Kesihatan bagi Individu yang akan Melancong ke Arab Saudi untuk Menunaikan Ibadat Umrah atau Membuat Lawatan ke Dua (2) Buah Masjid Suci bagi Tahun 1446H / 2025M (“Health Requirements and Recommendations for Travelers for Umrah and Visit 1446H / 2025M").
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi itu menasihatkan semua individu yang akan melancong ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadat Umrah atau membuat lawatan ke 2 buah masjid suci supaya:
1.Mengambil suntikan vaksin Meningococcal Meningitis dan menyediakan dokumen yang menunjukkan individu-individu berkenaan telah menerima suntikan vaksin tersebut.
2.Mengambil suntikan vaksin dan menyediakan dokumen yang menunjukkan individu-individu berkenaan telah menerima suntikan vaksin-vaksin berikut:
i.SARS-COV-2 (COVID-19) yang terkini.
ii.Seasonal Influenza
iii.Lain-lain vaksin yang boleh mencegah penyakit seperti Measles, Mumps dan Rubella (MMR), Chickenpox dan sebagainya. (Campak, Mumps, dan Rubella (MMR), Cacar dan sebagainya)
Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama di pautan: juh.gov.bn.