Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1446H/2025M bahawa Pembayaran Pakej Haji bagi Musim Haji Tahun 1446H/2025M akan bermula pada hari Khamis, 02 Rejab 1446H bersamaan 02 Januari 2025M dan berakhir pada hari Sabtu, 18 Rejab 1446H bersamaan 18 Januari 2025M.
Sehubungan dengan itu, bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji pada Musim Haji Tahun 1446H/2025M ini adalah dikehendaki untuk membuat pembayaran penuh harga Pakej Haji kepada Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji yang dipilih pada waktu yang telah ditetapkan tersebut bagi memastikan semua urusan Haji berjalan dengan lancar dan teratur.
Bakal Jemaah Haji bolehlah berhubung terus dengan Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji yang dipilih untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pakej Haji yang ditawarkan dan proses pembayaran Pakej Haji.