بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah membukakan tawaran Pengambilan Siswa-Siswi Baharu bagi Program Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi Pengajian 2025-2028 bermula pada Hari Rabu, 08 Januari 2025 hingga Hari Sabtu, 01 Februari 2025.
Syarat-Syarat Kemasukan Siswa-Siswi Baharu Program Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam adalah:
1. Terbuka kepada semua Warga atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam.
2. Memperolehi Kredit bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa Brunei Cambridge (G.C.E ‘O’ Level).
3. Memperolehi sekurang-kurangnya 4 Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) termasuk :
1. Jayyid dalam Dua (2) Mata Pelajaran Teras iaitu : Al-Quran dan Bahasa Arab.
2. Jayyid dalam Dua (2) Mata Pelajaran Wajib iaitu : Tafsir / Hadith / Fiqh / Tauhid / Tarikh dan yang sebanding dengannya.
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya 4 Kredit dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa Brunei Cambridge (G.C.E ‘O’ Level) atau International General Certificate of Secondary Education IGCSE Level atau yang sebanding dengannya termasuk : satu (1) Kredit C6 dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab.
4. Telah Hafaz sekurang-kurangnya 10 Juzu’ Al-Quran adalah satu kelebihan.
5. Lulus Temuduga Kemasukan.
6. Mempunyai Akuan Kesihatan dari Pusat Kesihatan Kerajaan yang diiktiraf.
7. Bagi yang Bukan Rakyat (Ibu/bapa yang Bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government Linked Companies di Negara Brunei Darussalam) boleh juga memohon dengan menghadapkan Surat Permohonan Khas kepada Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut.
Bagi yang Bukan Rakyat Negara Brunei Darussalam (ibu atau bapa bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government Linked Companies di Negara Brunei Darussalam) yang berminat dan berkelayakan, bolehlah memohon dengan membuat Surat Permohonan Khas kepada Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut.
Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175, KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Bandar Seri Begawan pada waktu pejabat dibuka, ataupun dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama, www.kheu.gov.bn.
Tarikh tutup mengembalikan borang ialah pada Hari Sabtu, 01hb Februari 2025M, Jam 4.00 Petang.
Bagi sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung di talian +673 2222090 / 2222093 / 2222096 sambungan 229.