Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1446 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bagi memperingati peristiwa bersejarah Isra' dan Mi'raj junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah akan diadakan pada Hari Isnin, 27 Rejab 1446 Hijrah bersamaan 27 Januari 2025 Masihi mulai pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan membawa tema “Sembahyang Mencerdaskan Minda".

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi tahun ini akan diisikan dengan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an dan Tadabbur serta Ceramah Khas.

Majlis dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan, dan Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn. Bhd.


Attachments