بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Jabatan Urusan Haji melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Ibadat Haji dan Umrah khusus bagi bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadat haji pada musim haji tahun 1446H / 2025M sebanyak sepuluh (10) sesi iaitu setiap hari Jumaat dan Ahad dari pukul 8:00 pagi hingga 10:30 pagi. Kursus ini akan diadakan secara serentak di pusat-pusat kursus yang terpilih di keempat-empat daerah bermula pada 17 Januari 2025 dan berakhir pada 16 Februari 2025.
Tarikh-tarikh kursus Ibadat Haji dan Umrah adalah seperti berikut:
Manakala pusat-pusat kursus Ibadat Haji dan Umrah di keempat-empat daerah adalah seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, semua bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji bagi tahun 1446H/2025M adalah dikehendaki untuk mengikuti kursus-kursus Ibadat Haji yang telah diaturkan di pusat-pusat yang telah ditetapkan.