Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

AGENSI PELANCONGAN YANG DIBERIKAN KEBENARAN MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI DAN PAKEJ UMRAH ( VISA UMRAH DAN VISA PELANCONG ARAB SAUDI )

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa pada masa ini sebanyak dua puluh empat (24) buah agensi pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah Menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2025 Masihi. Agensi-agensi berkenaan adalah sepertimana berikut: 

1.         Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)

2.         Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)

3.         Continental Yachting Sdn. Bhd.

4.         Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)

5.         Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.

6.         At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

7.         Dar El-Ehsan Travel and Tours Sdn. Bhd. (DEE)

8.         Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)

9.         Balurih Travel Sdn. Bhd.

10.       As-Safa Travel and Tours Sdn. Bhd.

11.       Al-Abraj Travel and Tours Sdn. Bhd.

12.       Aleiya Voyages Sdn. Bhd.  

13.       Al-Hajat Tours and Travels Agency Sdn. Bhd.

14.       Al-Haramain Bil Iman Travel and Tours Sdn. Bhd.

15.       Al-Miqat Travel and Tours Sdn. Bhd.

16.       Firdaus Al-Munawwarah Travel Services Sdn. Bhd.

17.       Ghufran Travel and Tours Sdn. Bhd.

18.       Hayya Travel and Tours Sdn. Bhd.

19.       Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.

20.       Hurriyah Travel Services Sdn. Bhd.

21.       Ijtihad Travel Sdn. Bhd.

22.       Lamisa International Tours and Travels Sdn. Bhd.

23.       Maduli Agency Travel Sdn. Bhd.

24.       Mustaqim Travel and Tours Sdn. Bhd. 

Walau bagaimanapun,  hanya sepuluh (10) dari 24 buah agensi pelancongan yang tersebut di atas, yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bagi tahun 1446 Hijrah hingga 1448 Hijrah. Agensi-agensi pelancongan berkenaan adalah: 

1.         Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)

2.         Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)

3.         Continental Yachting Sdn. Bhd.

4.         Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)

5.         Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.

6.         At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

7.         Dar El-Ehsan Travel and Tours Sdn. Bhd. (DEE)

8.         Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)

9.         Balurih Travel Sdn. Bhd.

10.       As-Safa Travel and​ Tours Sdn. Bhd. 

(Senarai penuh Agensi-Agensi Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah Mengikut Kategori Pakej dan Visa sepertimana dilampirkan​).           

Dimaklumkan juga bahawa senarai terkini agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bolehlah disemak melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama (mora.gov.bn) atau Facebook atau berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji melalui talian 2384478 dan e-mel Jabatan Urusan Haji ( juh.kheu@mora.gov.bn ). 

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji atau Umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan tersebut.


Attachments