بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Bagi mengumpul sumbangan daripada orang ramai berupa makanan asasi yang diperlukan seperti beras, gula, minyak masak, biskut, tepung, makanan dalam tin, udang dan pusu kering, bawang-bawangan, garam, teh atau kopi, mee, mentega dan air mineral untuk diagih-agihkan kepada para Asnaf Muallaf yang memerlukan, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Kebajikan Muallaf) dan Unit Da'wah Daerah-Daerah dengan kerjasama Persatuan Saudara-Saudara Baru Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Projek Fathul Barakah 6.0 bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1446 Hijrah.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberikan sumbangan keperluan harian secara pandu lalu (Drive Thru) ke Pusat Da'wah Islamiah dan Unit Da'wah Daerah-Daerah pada hari, tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Daerah Brunei dan Muara
Pada Hari Sabtu dan Ahad, 09 dan 10 Syaaban 1446 bersamaan 08 dan 09 Februari 2025
Pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat di Bangunan Darul Huda, Pusat Da'wah Islamiah, Jalan Pusat Dakwah, Kampung Pulaie
Daerah Tutong, Belait dan Temburong
Pada Hari Isnin dan Selasa, 11 dan 12 Syaaban 1446 bersamaan 10 dan 11 Februari 2025
Pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat di Pejabat Unit Da'wah Daerah Tutong, Pejabat Unit Da'wah Daerah Belait dan Pejabat Unit Da'wah Daerah Temburong
Dengan adanya sumbangan berupa makanan asasi itu nanti diharap akan dapat meringgankan beban perbelanjaan para Asnaf Muallaf yang memerlukan bagi persediaan terutama dalam menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang.
Pusat Da'wah Islamiah terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga sumbangan orang ramai mendapat keberkatan dan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.