بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Setiap 15 Sya'ban tahun Hijrah, umat Islam akan menyambut Nisfu Sya'ban. Nisfu adalah perkataan Arab yang bermaksud 'pertengahan'. Malam Nisfu Sya'ban merupakan salah satu malam yang penuh berkat, rahmat dan dimakbulkan doa-doa. Dengan kelebihan dan keberkatan yang terdapat pada malam tersebut, umat Islam adalah digalakkan untuk menghidupkannya dengan memperbanyakkan amal ibadah dan zikir untuk meraih rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Khas bersempena dengan Nisfu Sya'ban bagi Tahun 1446H/2025M.
Majlis tersebut akan diadakan di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien pada hari Khamis malam Jumaat, 15 Sya'ban 1446 Hijrah bersamaan 13 Februari 2025 Masihi mulai pukul 6.00 petang.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama merebut ganjaran pahala dan keberkahan daripada Allah Subhanahu Wata'ala di samping mengimarahkan masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.