بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah akan diadakan pada Hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadan 1446 Hijrah bersamaan 17 Mac 2025 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pukul 9.00 malam.
Antara pengisian acara ialah:
• Permakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah; dan keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1446 Hijrah.
• Majlis diserikan dengan persembahan Peserta Terbaik bagi Setiap Kategori.
Tema bagi Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah ialah “Akal Sihat Dengan Al-Qur'an".
Majlis tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Qur'an MABIMS; dan Imagine Sdn. Bhd.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'ala.