Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH / 2025 MASIHI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi akan diadakan selama tiga (3) hari berturut-turut iaitu pada hari Selasa malam Rabu, Rabu malam Khamis, dan Khamis malam Jumaat, 24, 25 dan 26 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 22, 23 dan 24 April 2025 Masihi, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, bermula pukul 7.15 malam. 

Peserta Qari yang akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi ialah:

  • Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki
  • Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri
  • Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili
  • Awang Haji Hazwan bin Haji Salim
  • Awang Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abd Rajid
  • Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya

Manakala, Peserta Qariah yang akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi ialah:

  • Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki
  • Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat
  • Dayangku Alya Syahirah binti Pengiran Haji Jofri
  • Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri
  • Dayang Nur Rodaah binti Haji Asmat
  • Dayangku Alma Hazirah binti Pengiran Haji Jofri

Tema Musabaqah pada tahun ini “Akal Sihat Dengan Al-Qur'an". Musabaqah kali ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd.

Semoga kita semua beroleh syafa'at Al-Qur'an dan pengajaranNya serta rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala jua.


Attachments