Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1447H/2025M

Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara akan menganjurkan Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1447H/2025M.

Musabaqah ini merupakan peringkat awal pemilihan qari dan qariah bagi melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Syarat-Syarat Kelayakan Penyertaan adalah seperti berikut:

1. Peserta hendaklah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (pemegang Kad Pengenalan warna kuning), beragama Islam dan bermazhab Syafi'e aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

2.Peserta hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa mendaftar.

Pemilihan awal Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1447H/2025M akan diadakan selama tiga (3) hari bermula pada 21 Oktober hingga 23 Oktober 2025 bertempat di Masjid Setia Ali, Pekan Muara.

Sehubungan dengan itu, borang penyertaan boleh diperolehi di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Simpang 15, Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan BA2110, Negara Brunei Darussalam.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid tidak lewat daripada Hari Isnin, 13 Oktober 2025, pukul 4.00 petang (tertakluk kepada perubahan).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Yang Mulia Dayang Hajah Surinah @ Tini binti Haji Shamsuddin, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, No. Telefon Bimbit: 8878570

  • Yang Mulia Awang Haji Kamaruzaman bin Haji Jakar, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, No. Telefon Bimbit: 8831350

  • Yang Mulia Dayang Riza Masdi bin Haji Mamit, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, No. Telefon Bimbit: 8747125


Attachments