Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan kepada bakal-bakal jemaah haji bahawa Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menetapkan Syarat dan Garis Panduan Kesihatan Bagi Jemaah Haji dari Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi Bagi Musim Haji Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi.Garis panduan tersebut merangkumi keperluan vaksinasi, pemeriksaan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan kesihatan awam semasa musim haji nanti sepertimana berikut:1. Keupayaan kesihatan dan penyakit yang menjejaskan kesihatan umum:Kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa jemaah haji perlu bebas daripada penyakit berjangkit dan mempunyai tahap kesihatan yang mencukupi untuk menunaikan ibadah haji tanpa risiko terhadap diri sendiri atau orang lain. Antara penyakit dan keadaan kesihatan yang dianggap tidak layak bagi jemaah haji adalah seperti berikut:• Kegagalan salah satu organ utama (kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis, kegagalan jantung yang menunjukkan gejala pada tahap aktiviti fizikal yang rendah, penyakit paru-paru kronik yang memerlukan penggunaan oksigen secara berterusan, sirosis hati lanjut yang disertai dengan tanda-tanda kegagalan hati);• Penyakit saraf dan mental yang teruk yang menjejaskan daya kognitif atau disertai dengan kecacatan fizikal;• Orang tua yang dalam keadaan uzur;• Kehamilan dalam tiga bulan terakhir dan kehamilan yang berisiko tinggi sepanjang tempoh kehamilan;• Penyakit berjangkit yang aktif dan berisiko kepada kesihatan awam (seperti tuberkulosis paru-paru terbuka dan jangkitan luka yang aktif); dan• Pesakit kanser aktif yang sedang menjalani rawatan kimoterapi atau seumpamanya yang melibatkan ubat dan prosedur yang menekan sistem imun secara ketara.2. Vaksinasi yang disyorkan:
Disyaratkan kepada kategori tertentu yang akan menunaikan ibadat haji atau bekerja semasa musim haji dari mana-mana negara untuk membuktikan pengambilan vaksinasi lengkap COVID-19 sebelum tiba di Arab Saudi.Pembuktian imunisasi diperlukan dari salah satu daripada imunisasi berikut (sekurang-kurangnya satu daripadanya):• Mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos penggalak (booster) (yang diperbaharui bagi musim haji tahun 2025 - 2026).• Telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 (dua dos atau lebih yang diambil dalam tempoh 2021–2024).• Disahkan pulih dari jangkitan COVID-19 sekitar tahun 2025.3. Vaksinasi Wajib:
Disyaratkan bagi semua jemaah haji atau pekerja musim haji dari semua negara untuk mengambil salah satu berikut (vaksin yang merangkumi vaksinasi ACYW) sebelum bertolak ke Arab Saudi.• Vaksin Meningitis Konjugasi Kuadrivalen (ACYW) atau vaksin meningitis konjugat Pentavalent (ACWXY) — tidak kurang dari 10 hari dan tidak lebih dari 5 tahun; atau• Vaksin Meningitis Tetrasaccharide (ACYW) — tidak kurang dari 10 hari dan tidak lebih dari 5 tahun.4. Langkah pencegahan di pintu masuk:Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi akan melaksanakan langkah tambahan pemeriksaan kesihatan di pintu masuk untuk jemaah dari negara tertentu, bergantung pada tahap risiko kesihatan di negara asal mereka.Dalam keadaaan berlakunya isu kecemasan kesihatan awam antarabangsa atau wabak penyakit berdasarkan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa (2005) di mana-mana negara yang menghantar jemaah haji, maka Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan mengambil langkah-langkah tambahan selain daripada yang dinyatakan di atas, dengan kerjasama World Health Organization (WHO).