Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syari'ah sukacita memaklumkan bahawa bagi bulan Januari 2026, beberapa premis makanan di negara ini telah diluluskan dan diberikan Sijil Halal dan/atau Permit oleh Majlis Ugama Islam Brunei sama ada bagi Permohonan Baharu atau Permohonan Membaharui seperti berikut:
Senarai premis makanan yang telah diluluskan dan diberikan Sijil Halal dan/atau Permit Membaharui oleh Majlis Ugama Islam Brunei sama ada bagi bagi Permohonan Baharu atau Permohonan adalah seperti berikut:
1. TUTONG NOOR RESTAURANT & CATERING
Bagi mendapatkan senarai lengkap premis makanan di seluruh negara yang telah diberikan Sijil Halal atau Permit oleh Majlis Ugama Islam Brunei, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama di www.mora.gov.bn atau instagram Bahagian Kawalan Makanan Halal @halal.bn dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi melalui Whatsapp di talian +6737103111 atau e-mel kepada bkmh@mora.gov.bn.