Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

SIJIL HALAL BAGI SYARIKAT R.M.S ICE CREAM VENTURE

Bandar Seri Begawan, Rabu, 26 Zulkaedah 1447 Bersamaan 13 Mei 2026–Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah ingin memaklumkan bahawa Bahagian Kawalan Makanan Halal Jabatan berkenaan telah menerima permohonan Sijil Halal bagi Syarikat R.M.S Ice Cream Venture beralamat No. 4, Simpang 1092, Kampung Kilanas, Jalan Tutong, BF2520 Negara Brunei Darussalam.  Permohonan tersebut melibatkan empat (04) buah kenderaan bernombor pendaftaran BAH 5898, BA 750, BAB 1350 dan BAJ 5877.

Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah seterusnya telah melaksanakan pengauditan terhadap syarikat berkenaan dan mendapati premis tersebut telah memenuhi segala keperluan dan syarat pensijilan yang ditetapkan termasuk melaksanakan penyertuan.

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan bahawa Majlis Ugama Islam Brunei telah mengesahkan permohonan Sijil Halal bagi Syarikat R.M.S Ice Cream Venture diluluskan mulai bulan Mac 2026 setelah memenuhi semua keperluan dan syarat Pensijilan Halal yang ditetapkan.

Di samping itu juga, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin menasihatkan semua pemegang Sijil Halal dan Permit Majlis Ugama Islam Brunei di negara ini supaya sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang serta syarat-syarat Pensijilan Halal yang telah ditetapkan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan status Sijil Halal bolehlah melayari laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama: www.mora.gov.bn


Attachments