Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN TAHUN 1448 HIJRAH

​

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS sukacita memaklumkan bahawa Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1448 Hijrah akan diadakan selama lima (5) hari, iaitu pada 10, 12, 14, 16, dan 17 Rabiulakhir 1448 bersamaan 22, 24, 26, 28, dan 29 September 2026 bertempat di Tingkat 7 dan 8, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Blok 2H, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan. 

Sehubungan dengan itu, peserta-peserta yang terlibat hendaklah hadir lebih awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan mengikut kategori masing-masing.

Bagi sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama semasa waktu bekerja di talian 2237512.​

Sila klik: MUSABAQAH MENGHAFAZ PERINGKAT SARINGAN

Attachments