Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa Pemeriksaan Kesihatan (Perjumpaan Doktor) bagi Bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Fardhu Haji Musim Haji Tahun 1448 Hijrah/2027 Masihi akan diadakan bermula pada hari Isnin, 23 Rabiulakhir 1448 bersamaan 05 Oktober 2026, sepertimana jadual berikut:
Daerah Temburong
Tarikh:
05 Oktober 2026 (Isnin)
Pukul:
8:30 pagi – 12:15 tengah hari
Daerah Tutong
Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah
06 Oktober 2026 (Selasa)
07 Oktober 2026 (Rabu)
1:30 – 4:30 petang
Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait
08 Oktober 2026 (Khamis)
10 Oktober 2026 (Sabtu)
Daerah Brunei dan Muara
Pusat Amal Cerah Sejahtera,
Kampung Belimbing, Subok,
Mukim Kota Batu
(Seberang Taman Riadah Tasik Sarubing)
12 Oktober 2026 (Isnin)
hingga selesai
Pukul:
Bakal Jemaah Haji adalah dikehendaki untuk hadir menjalani Pemeriksaan Kesihatan tersebut pada tarikh dan tempat yang telah diaturkan dengan membawa bersama Kad Pengenalan Pintar, Kad Bru-Hims, Buku Rekod Kesihatan dan Panduan Kesihatan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (jika ada) serta Buku Suntikan berwarna kuning (jika ada).
Sebrang pertanyaan bolehlah berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui talian 2384478 atau e-mel juh.kheu@mora.gov.bn.