Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

BAYARAN PAKEJ HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1448 HIJRAH / 2027 MASIHI

​

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada bakal jemaah haji bagi musim haji tahun 1448H / 2027M bahawa pembayaran pakej haji bagi musim haji tahun 1448H / 2027M bermula pada hari ini, Isnin, 08 Jamadilawal 1448 bersamaan 19 Oktober 2026 dan berakhir pada hari Sabtu, 27 Jamadilawal 1448 bersamaan 07 November 2026.

Sehubungan dengan itu, bakal jemaah haji yang telah disahkan sihat (fit) untuk menunaikan ibadat haji oleh Kementerian Kesihatan dan menerima surat pengesahan untuk menunaikan ibadat haji bagi tahun 1448H / 2027M dari Jabatan Urusan Haji adalah dikehendaki untuk membuat pembayaran penuh harga pakej haji kepada syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji yang dipilih pada waktu yang telah ditetapkan tersebut bagi memastikan semua urusan haji berjalan dengan lancar dan teratur.

Bakal jemaah haji bagi musim haji tahun 1448H / 2027M bolehlah berhubung terus dengan syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji yang dipilih untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pakej haji yang ditawarkan dan proses pembayaran pakej haji.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji,  Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui talian 2384478 atau e-mel juh.kheu@mora.gov.bn.​


Attachments