Permohonan Tauliah Mengajar Al-Quran, Ugama dan Berceramah Ugama bagi Musim Pertama Tahun 2027 Masihi adalah dibukakan mulai 01 November 2026 hingga 31 Disember 2026.
Pemegang Tauliah Mengajar Al-Quran, Ugama dan Berceramah Ugama yang akan tamat tempoh sehingga 30 Jun 2027 adalah dinasihatkan untuk membuat Permohonan Memperbaharui Tauliah berkenaan dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh Tauliah.
Ujian temuduga akan diadakan bermula pada bulan Januari / Februari 2027.
Syarat Permohonan Tauliah Mengajar Ugama, Majlis Ugama Islam Brunei adalah seperti berikut:
A. SYARAT PEMOHON:
1. Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam;
2. Pemohon bukan warganegara hendaklah berkhidmat di mana-mana pusat pengajaran ugama swasta di Negara ini;
3. Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas;
4. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik;
5. Pemohon hendaklah tidak pernah dikenakan/disabitkan sebarang kesalahan jenayah oleh Mahkamah Syariah / Mahkamah Sivil;
6. Permohonan memperbaharui Tauliah hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan sebelum tempoh tamat Tauliah; dan
7. Bagi pemohon wanita yang sedang hamil, hendaklah kandungan di bawah 5 bulan ke bawah semasa menghadapkan permohonan.
B. KATEGORI PERMOHONAN TAULIAH DAN SYARAT KELAYAKAN
Kategori 1 : Tauliah Mengajar Al-Quran:
- Mempunyai kelulusan akademik Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU), Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB); Sijil Perakuan Pengajian Al-Quran atau Talaqqi Al-Quran; atau yang sebanding dengannya.
Kategori 2: Tauliah Mengajar Ugama:
- Mempunyai kelulusan tertinggi dalam bidang pengajian Islam sekurang-kurangnya Diploma Perguruan Ugama yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Kategori 3 : Tauliah Berceramah Ugama:
- Mempunyai kelulusan tertinggi dalam bidang pengajian Islam sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Setiap pemohon hendaklah memenuhi Syarat-Syarat Utama:
- Berkebolehan membaca Al-Quran dengan fasih, lancar dan bertajwid.
- Mempunyai kefahaman dan penguasaan ilmu pengetahuan hukum-hukum tajwid.
- Mempunyai ilmu pengetahuan ugama asas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang kukuh.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tauliah Kebenaran Mengajar Ugama, Majlis Ugama Islam Brunei, sila layari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama di www.mora.gov.bn atau mengimbas Kod QR di bawah ini.