|  | | Balai Ibadat Hajah Aminah terletak di Kampong Long Mayan, Ulu Tutong kira-kira 53km dari Pekan Tutong. Balai Ibadat ini adalah wakaf Awang Haji Mohd. Zain bin Arshad dengan perbelanjaan sebanyak $67,000.00. Balai Ibadat ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam pada 3hb. Syawal, 1418 bersamaan dengan 1hb. Februari, 1998. | Tutong | 123 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Mata-Mata terletak kira-kira 11km dari Bandar Seri Begawan. Balai Ibadat ini dibina pada 25hb. November, 1987 di atas tapak tanah seluas 0.52 ekar dan siap sepenuhnya pada 23hb. April, 1988. Pembinaan Balai Ibadat ini dibiayai oleh Kerajaan kebawah Duli Yang Maha Mulia dan separuh adalah hasil daripada derma orang ramai dengan perbelanjaan sebanyak $145,000.00. Kapasiti balai ibadat ini boleh menampung seramai 350 orang jemaah.
| Brunei Muara | 63 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Melilas terletak di Ulu Belait kira-kira 170km dari Pekan Belait. Balai Ibadat ini dibina pada awal tahun 1994 dan siap pada bulan September 1994 di atas tapak tanah seluas kurang dari 1 ekar dengan perbelanjaan sebanyak $60,000.00. Pembinaan Balai Ibadat ini dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Da'wah Islamiah. Kapasiti balai ibadat ini boleh menampung kira-kira 40 orang jemaah. | Belait | 85 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Merangking | Belait | 88 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Peramu | Brunei Muara | 72 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Saba terletak di Sungai Brunei, Kampong Ayer, kira-kira 1km dari Bandar Seri Begawan. Balai Ibadat ini dibina pada hari Jumaat, 15hb. Mac, 1988 dan siap pada penghujung tahun 1989 dengan perbelanjaan sebanyak $70,000.00. Kapasiti balai ibadat ini boleh menampung seramai 500 orang jemaah.
| Brunei Muara | 64 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Semabat terletak kira-kira 25km dari Pekan Bangar. Balai Ibadat ini dibina pada 3hb. April, 1994 di atas tapak tanah seluas 0.5 ekar dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 1994 dengan perbelanjaan sebanyak $53,402.92. Balai Ibadat ini mula digunakan pada 8hb. Disember, 1994. Kapasiti balai ibadat ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di balai ibadat ini ialah bilik menyempurnakan jenazah.
| Temburong | 96 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Sengkarai terletak kira-kira 1km dari Pekan Tutong. Balai Ibadat ini dibina pada bulan Mac 1981 di atas tapak tanah seluas 0.25 ekar dan siap pada bulan Jun 1981 dengan perbelanjaan sebanyak $26,550.23 hasil kutipan derma orang ramai. Kapasiti balai ibadat ini boleh menampung seramai 450 orang jemaah. Salah satu kemudahan di balai ibadat ini ialah terdapatnya laman web. | Tutong | 122 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Sibut terletak kira-kira 15km dari Pekan Bangar. Balai Ibadat ini dibina pada 14hb. Ogos, 1993 di atas tapak tanah seluas 0.5 ekar dan siap sepenuhnya pada 12hb. Mac, 1994 dengan perbelanjaan sebanyak $40,141.60. Kapasiti balai ibadat ini boleh menampung kira-kira 160 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di balai ibadat ini ialah bilik menyempurnakan jenazah. | Temburong | 97 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Sukang terletak di Ulu Belait kira-kira 160km dari Pekan Belait. Balai Ibadat ini dibina pada awal tahun 1994 dan siap pada bulan September 1994 dibina di atas tapak tanah seluas kurang 1 ekar dengan perbelanjaan sebanyak $60,000.00. Pembinaan Balai Ibadat ini dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Da'wah Islamiah. Kapasiti balai ibadat ini boleh menampung seramai 40 orang jemaah. | Belait | 86 |
|  | | Balai Ibadat Kampong Sungai Pandan terletak di Sungai Brunei, Kg. Ayer, Bandar Seri Begawan. Balai Ibadat ini dibina pada tahun 1992. Kapasiti balai ibadat ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah. | Brunei Muara | 65 |
|  | | Balai Ibadat Nur Taqwa Kampong Sungai Siamas/Ujong Kelinik | Brunei Muara | 71 |
|  | | Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29. Jame' ini terletak di Kampong Kiarong, 4km daripada Bandar Seri Begawan. Ianya telah mula dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 20 ekar. Jame' ini mula digunakan pada hari Khamis malam Jumaat bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb. Julai, 1994, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah. Kapasiti Jame' ini melebihi 5,000 orang jemaah. Jame' ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya. | Brunei Muara | 16 |
|  | | Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam terletak di Kampong Jerudong kira-kira 24km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini adalah wakaf Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajjah Maryam binti Haji Abd. Aziz Masjid ini mula digunakan pada 28hb. Januari 1999 iaitu malam Jumaat dan telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 11hb. Syawal, 1419 bersamaan dengan 29hb. Januari, 1999. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 2,000 orang jemaah. Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik menyempurnakan jenazah, kereta jenazah, dewan serba guna dan tempat naik khas bagi orang-orang cacat berkerusi roda.
| Brunei Muara | 14 |
|  | | Masjid Al-Mashor Kampong Sungai Mau terletak kira-kira 60km dari Pekan Belait. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1990 di atas tapak tanah seluas 1 ekar dan siap setahun kemudiannya dengan perbelanjaan sebanyak $162,000.00. Pembukaan rasmi ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Haji-Al-Muhtadee Billah pada hari Jumaat, 24hb. Syaaban, 1412 bersamaan dengan 28hb. Februari, 1992. masjid ini adalah wakaf Awang Haji Malai Mashor bin Malai Damit. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah. | Belait | 82 |
|  | | Masjid Al-Muhtadee Billah terletak di Kampong Sungai Kebun di pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 17hb. September, 1983 di atas tapak tanah seluas 0.56 ekar dan siap pembinaannya pada 27hb. Mei, 1987 dengan perbelanjaan sebanyak $3,369,653.28. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 20hb. Zulkaedah, 1407H bersamaan dengan 17hb. Julai, 1987 bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,100 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kelengkapan menyempurnakan jenazah dan bilik kutubkhanah. Masjid ini juga boleh dikunjungi melalui jalan darat dan dari sungai.
| Brunei Muara | 19 |
|  | | Pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23hb. Sya’ban, 1433 bersamaan dengan 13hb. Julai, 2012. | Brunei Muara | 135 |
|  | | Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampong Tamoi terletak kira-kira 2km dari Bandar Seri Begawan. Projek pembinaan masjid ini bermula pada 16hb. Ogos, 1995 dan ianya digunakan pada 16hb. Januari, 1999. Masjid ini dibina dengan perbelanjaan sebanyak $13,000,000.00 dan boleh menampung seramai 1,500 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah dan bilik menyempurnakan jenazah. | Brunei Muara | 25 |
|  | | Pembinaan masjid ini bermula pada 14hb. April, 2010 di atas tapak tanah seluas 5 ekar dan siap pembinaannya pada tahun 2012 dengan perbelanjaan sebanyak $3,133,900.55. Pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 30hb. Syaaban, 1433 bersamaan dengan 20hb. Julai, 2012. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serbaguna, bilik perpustakaan dan bilik pengurusan jenazah. | Brunei Muara | 129 |
|  | | Masjid Haji Abd. Azim Kampong Luagan Dudok terletak kira-kira 10km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 21hb. Disember, 1991 di atas tapak tanah seluas 4 ekar dan siap pembinaannya pada 23hb. September, 1992 dengan perbelanjaan sebanyak $778,948.96 Tapak bangunan dan juga perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah wakaf daripada Awang Haji Yakub bin Tahiruddin. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 800 orang jemaah. | Tutong | 99 |
|  | | Masjid Hassanal Bolkiah terletak kira-kira 1km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 17hb. April, 1965 di atas tapak tanah seluas 2.2357 ekar dan siap pembinaannya pada pertengahan tahun 1966 dengan perbelanjaan sebanyak $700,000.00. Tapak bangunan masjid ini adalah wakaf dua orang hamba Allah, sebahagian daripadanya kepunyaan Awang Abdul Latif bin Khataf dan sebahagiannya kepunyaan Awang Mohd. Daud bin Bujang. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah pada hari Jumaat, 9hb. Jamadilawal, 1386 bersamaan dengan 26hb. Ogos, 1966. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik kutubkhanah dan bilik menyempurnakan jenazah. | Tutong | 98 |
|  | | Pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 17hb. Ramadhan, 1434 bersamaan dengan 26hb. Julai, 2013. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik perpustakaan dan bilik pengurusan jenazah. | Brunei Muara | 130 |
|  | | Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Kampong Jangsak, Gadong kira-kira 14km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada 2hb. September, 1996 dan siap setahun kemudiannya dengan perbelanjaan sebanyak $4,136,070.00. Masjid ini adalah kutipan derma daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan yang beragama Islam serta bantuan daripada Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam. Masjid ini mula digunakan pada hari Khamis, 29hb. April, 1999. Kapasiti masjid ini boleh menampung 1,200 orang jemaah. | Brunei Muara | 29 |
|  | | Masjid kampong Bang Dalam terletak kira-kira 30km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 0.734 ekar dan siap pada hujung tahun 1989. Masjid ini dibina hasil kutipan derma orang ramai. Masjid ini mula digunakan pada bulan Mac 1990. Kapasiti masjid ini boleh menampung 80 orang jemaah. Pada tahun 1998, sebuah masjid telah dibina berdekatan dengan balai ibadat tersebut. Masjid ini dibina pada bulan Januari 1998. Masjid ini mula digunakan pada hari Rabu, 28hb. Ramadhan, 1420 bersamaan dengan 5hb. Januari, 2000. Perbelanjaan pembinaan masjid ini sebanyak $456,000.00 dan adalah wakaf daripada seorang hamba Allah. Pembinaan masjid baru ini adalah untuk mengganti Balai Ibadat Bang Dalam.
| Tutong | 121 |
|  | | Masjid Kampong Batu Apoi terletak kira-kira 6km dari Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada 28hb. Disember, 1986 di atas tapak tanah seluas 1,965 ekar dan siap sepenuhnya pada tahun 1987 dengan perbelanjaan sebanyak $385,000.00. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Abidin bin Orang Kaya Perwira Abd. Rashid, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pada hari Jumaat, 10hb. Muharram, 1408 bersamaan dengan 4hb. September, 1987. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah Dewan serba guna dan bilik kutubkhanah. | Temburong | 92 |
|  | | Masjid Kampong Batu Marang terletak kira-kira 20km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini mula digunakan pada 29hb. Syaaban, 1416 bersamaan 19hb. Januari, 1996 di atas tapak tanah seluas 5 ekar dengan perbelanjaan lebih kurang $3,000,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik VIP, kutubkhanah dan peralatan kelengkapan penyempurnaan jenazah. | Brunei Muara | 34 |
|  | | Masjid Kampong Belais terletak kira-kira 8km dari Pekan Bangar. Masjid ini dibina pada bulan November 1994 di atas tapak tanah seluas 0.3286 hektar dan siap pada bulan November 1996 dengan perbelanjaan sebanyak $1,600,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 300 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah. | Temburong | 90 |
|  | | Masjid Kampong Belimbing, Subok terletak kira-kira 5km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 22hb. Julai, 1994 di atas tapak tanah seluas 5.25 ekar dan siap pada 17hb. September, 1995 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak $3,464,255.37. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,500 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah, bilik menyempurnakan jenazah dan bilik mesyuarat. | Brunei Muara | 21 |
|  | | Masjid kampong Bengkurong terletak kira-kira 7km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina dalam tahun 1984 di atas tapak tanah seluas 4 ekar dan siap pada tahun 1986 dengan perbelanjaan kira-kira $250,000.00. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan, pada hari Jumaat, 8hb. Rejab, 1408 bersamaan dengan 26hb. Februari, 1988. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah. Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah maka kerja-kerja pembesaran telah dimulakan pada akhir tahun 1990 dan siap pembinaannya pada 14hb. April, 1991 sehingga boleh menampung seramai 800 orang jemaah dengan perbelanjaan sebanyak $180,000.00. | Brunei Muara | 44 |
|  | | Masjid Kampong Binutan terletak kira-kira 39km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 4hb. Jun, 1996 di atas tapak tanah seluas 0.62 ekar dan siap pada 31hb. Oktober, 1996 dengan perbelanjaan sebanyak $375,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 oranag jemaah. | Tutong | 117 |
|  | | Masjid Kampong Beribi terletak kira-kira 5km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada 17hb. Februari, 1983 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pembinaannya pada 9hb. Disember, 1983. Masjid ini telah dibuka rasmi pada hari Jumaat, 20hb. Jamadilakhir, 1404 bersamaan dengan 23hb. Mac, 1984 oleh Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Bahrin bin Pengiran Haji Abbas, Menteri Undang-Undang, Negara Brunei Darussalam. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 500 orang jemaah.
| Brunei Muara | 74 |
|  | | Masjid Kampong Birau terletak kira-kira 19km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 5hb. Ogos, 1989 di atas tapak tanah seluas 2.25 ekar dan siap pembinaannya pada 9hb. Oktober, 1990 dengan perbelanjaan sebanyak $515,323.00. Masjid ini mula digunakan pada 12hb. Oktober, 1990. Tapak tanah masjid ini adalah tanah wakaf daripada Tuan Haji Ratu bin Ismail. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, pada hari Jumaat, 21hb. Muharram, 1412 bersamaan dengan 2hb. Ogos, 1991 bersempena dengan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-45 tahun. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah perkakas menyempurnakan jenazah. | Tutong | 104 |
|  | | Masjid Kampong Bukit Panggal terletak kira-kira 9km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 5hb. November, 1994 di atas perbelanjaan sebanyak $34,589.80 hasil derma orang ramai dan bantuan Majlis Ugama Islam Brunei. Masjid mula digunakan pada 22hb. Syawal, 1415 bersamaan 24hb. Mac, 1995. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 250 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah. | Tutong | 106 |
|  | | Masjid Kampong Bukit Sawat terletak di Ulu Belait kira-kira 65km dari Pekan Belait. Masjid ini dibina pada tahun 1990 dan siap dua tahun kemudiannya. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 120 orang jemaah. | Belait | 83 |
|  | | Masjid Kampong Bukit Udal terletak kira-kira 10km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 1hb. April, 1995 di atas tapak tanah seluas 2.35 ekar dan siap pada tahun yang sama dengan perbelanjaan sebanyak $240,000.00. Masjid ini mula digunakan pada 8hb. Jamadilakhir, 1416 bersamaan 1hb. November, 1995. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah. | Tutong | 109 |
|  | | Masjid Kampong Bukit terletak kira-kira 30km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 31hb. Mei, 1997 dan siap pada bulan Oktober 1997 dengan perbelanjaan sebanyak $300,000.00. Masjid ini mula digunakan pada 29hb. Disember, 1997. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah. | Tutong | 118 |
|  | | Masjid Kampong Bunut terletak kira-kira 8km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 19hb. Disember, 1991 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pada 1hb. Oktober, 1992 dengan perbelanjaan lebih kurang $2,400,000.00. Masjid ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 26hb. Muharram, 1414 bersamaan dengan 16hb. Julai, 1993. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 1,500 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik menyempurnakan jenazah, bilik kutubkhanah dan mempunyai laman web. | Brunei Muara | 28 |
|  | | Masjid Kampong Danau terletak kira-kira 22km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 20hb. April, 1972 di atas tapak tanah seluas 1.33 ekar dan siap pada bulan April, 1973. perbelanjaan sebanyak $12,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 60 orang jemaah. Bangunan masjid ini telah diperbesarkan dan diubahsuai bagi menampung jemaah yang semakin ramai pada tahun 1980-an dengan harga $14,000.00 sehingga boleh menampung 200 orang jemaah. | Tutong | 111 |
|  | | Masjid Kampong Junjungan terletak kira-kira 38km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada 2hb. Mac, 1998 dan siap pada 15hb. September, 1998 di atas tapak tanah seluas 1.5 ekar dengan perbelanjaan sebanyak $60,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 250 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna dan kutubkhanah.
| Brunei Muara | 40 |
|  | | Masjid Kampong Kapok terletak kira-kira 25km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada tahun 1994 di atas tapak tanah seluas 2.744 ekar dan siap pembinaannya pada bulan Oktober 1996 dengan perbelanjaan sebanyak $3,202,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 700 orang jemaah.
| Brunei Muara | 33 |