Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan

MISI

Mendukung dan memelihara ugama Islam dan kerasmiannya serta memperkembangkannya melalui dasar-dasar dan pentadbiran yang berkesan dan dinamik bagi pembangunan dan kesejahteraan negara berdasarkan hukum Syara’, Perlembagaan, Undang-Undang dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja.


SEJARAH PENUBUHAN

Mula ditubuhkan dengan nama Unit Inspektorat pada Tahun 1996.

Dinaikkan taraf menjadi Bahagian Dasar dan Inspektorat pada Oktober 2003.

Menurut perancangan strategik Kementerian Hal Ehwal ugama 2010-2014, Bahagian Dasar telah digabungkan dengan Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan dan dinamakan seperti yang ada sekarang mulai April 2010.

Bahagian ini dibahagikan kepada 2 Seksyen iaitu:

1. Seksyen Dasar dan Mesyuarat

2. Seksyen Kajian dan Perancangan

Bahagian ini adalah secara langsung di bawah kawalan Setiausaha Tetap KHEU.


FUNGSI & PERANAN
  1. Menjadi Urusetia bagi Muzakarah Mingguan Pentadbiran (MMPK) dan Muzakarah Bulan Kementerian (MBK).
  2. Menggariskan dan menyediakan dasar-dasar strategik berhubung hal ehwal yang di bawah bidang kuasa jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  3. Memastikan jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama melaksanakan dasar-dasar, peraturan-peraturan atau arahan-arahan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
  4. Menjadi Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Program Khidmat Bakti Negara.
  5. Menjadi Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Jawatankuasa Khas Isu Wanita dan Institusi Keluarga.
  6. Menjalankan penyelidikan strategik berhubung hal ehwal bidang kuasa jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  7. Merancang, mengkaji, menganalisa dan memantau rancangan strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya.
  8. Menjadi Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Wawasan 2035.

OBJEKTIF
  1. Bertindak sebagai 'Think Tank' dan 'Strategic Integrator' bagi memastikan dasar/program/projek yang dirancang dan digubal secara bersepadu dan berkesan untuk membangun/memajukan perkhidmatan dan pengurusan KHEU.
  2. Memberikan khidmat sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi KHEU dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.
  3. Memastikan perancangan, pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan dengan dasar Kementerian dilaksanakan dengan efektif dan selaras dengan dasar wawasan Negara.
  4. Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi perlaksanaan dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti Kementerian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

SEKSYEN DASAR DAN MESYUARAT

Unit Muzakarah dan Inspektorat
  • Menjadi urusetia kepada Muzakarah Mingguan Pentadbiran Kementerian (MMPK) yang diadakan setiap minggu mengikut keperluan.
  • Bertanggungjawab bagi menyusun dan menjadikan keputusan-keputusan MMPKK sebagai dasar dan peraturan yang akan dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  • Menjadi urusetia kepada Muzakarah Bulanan Kementerian (MBK) yang diadakan setiap bulan mengikut keperluan.
  • Bertanggungjawab bagi menyusun dan menjadikan keputusan-keputusan MBK sebagai dasar dan peraturan yang akan dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  • Membuat pemantauan ke atas jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian dalam  pelaksanaan dasar-dasar hasil daripada muzakarah-muzakarah MMPK dan MBK
  • Menyediakan laporan pemantauan dan cadangan pembaikan kepada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap
  • Memastikan pelaksanaan dan tindakan-tindakan ke atas titah-titah, dasar, polisi kerajaan dan keputusan-keputusan hasil dari Muzakarah Mingguan Pentadbiran Kementerian (MMPK) dan Muzakarah Bulanan Kementerian (MBK).

Unit Dasar

  • Menyediakan rang titah bagi acara-acara tertentu.
  • Mengumpul dan mengedarkan titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk dijadikan rujukan setiap jabatan dan bahagian.
  • Menyediakan cadangan dasar-dasar baru dan arahtuju strategik dalam kerjasama dengan jabatan dan bahagian lain di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  • Bertindak sebagai penyalur maklumat berkaitan dengan dasar-dasar Kementerian kepada jabatan dan bahagian serta sebagai pemudahcara dan sumber rujukan bagi maklumat tentang dasar-dasar yang sedia ada.


SEKSYEN KAJIAN DAN PERANCANGAN

Unit Rancangan Strategik

  • Memastikan penyebaran maklumat mengenai Rancangan Strategik Kementerian kepada setiap jabatan dan bahagian
  • Membuat cadangan-cadangan bagi strategi pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Memberikan cadangan bagi penyelesaian isu-isu dan cabaran-cabaran yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di dalam Rancangan Strategik
  • Membuat penilaian semula dari masa ke semasa bagi mempastikan inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Rancangan Strategik adalah relevan
  • Mempastikan setiap jabatan dan bahagian mengimplementasi program/projek/ aktiviti/inisiatif di bawah Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Membuat penyelidikan dan perancangan bagi penyediaan Rancangan Strategik yang akan datang berdasarkan kepada dapatan-dapatan dan pencapaian-pencapaian semasa 
  • Menyediakan dokumen-dokumen rujukan utama Kementerian seperti :
    • Laporan Tahunan Kementerian
    • Laporan Rancangan Strategik Kementerian
    • Laporan Pencapaian.
  • Menjadi Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Wawasan 2035.


Unit Penyelidikan dan Perkembangan

  • Mengumpul dan menyusun data serta maklumat utama jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Membuat kajian dan analisis ke atas data/maklumat berkenaan dengan jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama
  • Membuat cadangan-cadangan program berhubungkait dengan penyediaan/pelaksanaan dasar-dasar Kementerian berasaskan kepada penyelidikan dan analisa-analisa data dan maklumat
  • Membuat cadangan-cadangan strategi pelaksanaan rancangan-Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya
  • Membuat cadangan-cadangan bagi menilai semula fungsi dan peranan serta struktur jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

​​