Skip Ribbon Commands
Skip to main content

PEMANGKU TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP DASAR DAN KEUGAMAAN

​​

HJ SHAMSHOL HJ OMAR TSUT.jpg

AWANG HAJI SHAMSHOL BIN HAJI OMAR

TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP (DASAR DAN KEUGAMAAN)

​ 

Pendidikan 

Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah daripada Universiti al-Azhar, Republik Arab Mesir pada tahun 2001. Beliau juga mengikuti kursus dalam Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua) daripada Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2005 hingga 2006. Pada tahun 2022 beliau telah mengikuti Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDP SGO) kali ke-29 di Universiti Teknologi Brunei Darussalam.

 

Pengalaman Bekerja 

Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 12 Mei 2025 setelah diaturkan untuk memangku sementara jawatan tersebut bermula 02 Oktober 2024. Sebelum itu beliau merupakan Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam sejak 6 Disember 2021 setelah memangku jawatan berkenaan sejak tahun 2018.

Memulakan karier pada sekitar tahun 2002 sebagai Pegawai Pelajaran Ugama, Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar bertugas di Sekolah Persediaan Arab Temburong dan kemudian di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) pada tahun 2003 selama 6 tahun. Setelah itu beliau dilantik selaku Timbalan Pengetua di Ma'had Islam Brunei pada tahun 2009 dan seterusnya dilantik selaku Pemangku Pengetua dari tahun 2011 hingga 2013.

Pada tahun 2013 hingga 2014 beliau diamanahkan untuk mengetuai Unit Akademik dan Peperiksaan di Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian di Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam yang juga berperanan selaku Setiausaha Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei Darussalam (LPPUB), Kementerian Hal Ehwal Ugama sehingga tahun 2016. Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Pelajaran Ugama Kanan pada tahun 2015 dan telah diberikan amanah untuk memangku jawatan Penolong Pengarah (Institusi Pengajian), Jabatan Pengajian Islam sehingga tahun 2018.