Skip Ribbon Commands
Skip to main content

PEMANGKU TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA



Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd. Karim

​PEMANGKU TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP (PENTADBIRAN DAN KEWANGAN)  


Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd. Karim dilahirkan pada 13 Februari 1972 dan telahpun mendirikan rumahtangga dengan Dayang Fairuz binti Haji Zolkipli dan dikurniakan seorang cahayamata.

 

Pendidikan 

Menerima Pendidikan awal Sekolah Ugama di Sekolah Ugama Delima Satu dan berpindah ke Sekolah Ugama Serusop yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-wakkilah Hayatul Bolkiah (1981-1986). Manakala menhadiri Sekolah Menengah di Sekolah Menegah Berakas (1986-1990). Seterusnya dianugerahkan Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke King's Hospital, Dublin Republic of Ireland (1991). Seterusnya menyambung pengajian di Keele's University United Kingdom dan memperoleh Sarjana Muda BSc (Hons) in Biology (2000). 

Semasa berkhidmat dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berpeluang meneruskan pengajian Skim Dalam Perkhidmatan di University of Manchester (2009) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Sumber Tenaga Manusia (MSc in Human Resource Management).

 

Pengalaman Bekerja 

Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd. Karim memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Pelajaran Bergaji hari pada Tahun 2001 ditempatkan sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Sayyidina Husain. 

Kemudian bertukar jawatan ke Skim Perkhidmatan Pengurusan Brunei (Brunei's Administrative Service) dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 20 Mei 2002 sebagai Pengawai Pentadbir Pelatih dengan penempatan kerja di Jabatan Daerah Temburong (2002 - 2003) sebelum berpindah dan ditetapkan ke Jawatan Pegawai Pentadbir Tingkat 1 di Jabatan Perkhidmatan Awam (2003 - 2008). Seterusnya berpindah ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pegawai Pentadbir Tingkat Khas di Bahagian Undang-Undang dan Kesejahteran (2008 - 2013). Kemudian dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah pada 2013 di Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Brunei dan Muara pada 2017 sebelum berpindah ke Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan pada 2023.

 

Pengurniaan 

• Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) pada 2014.