Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PEMBERIAN HADIAH KEPADA ANAK-ANAK DAMIT YANG LAHIR PADA 01 MUHARRAM SEMPENA ILAL HIJRAH 1445 DI KUALA BELAIT

20 July 2023

MAJLIS PEMBERIAN HADIAH KEPADA ANAK-ANAK DAMIT YANG LAHIR PADA 01 MUHARRAM SEMPENA ILAL HIJRAH 1445 DI KUALA BELAIT

​​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kuala Belait, Khamis, 02 Muharram 1445H bersamaan 20 Julai 2023M–Seramai 4 kelahiran anak damit dicatatkan di Daerah Belait iaitu 2 orang anak damit lelaki dan 2 orang anak damit perempuan sempena Sambutan Ilal Hijrah 1445.

Sehubungan dengan itu, Majlis Pemberian Hadiah Kepada Anak-anak Damit yang Lahir pada 01 Muharam 1445 Hijrah, diadakan juga pagi tadi di Dewan Kuliah, Blok 'R', Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan isteri, yang kemudiannya menyempurnakan pemberian hadiah-hadiah tersebut.

Turut hadir, Yang Mulia Awang Mohamad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait dan, para pegawai serta kakitangan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait.

Majlis tersebut dihasratkan untuk menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas kelahiran anak-anak damit pada hari yang baik dan bersejarah serta menyemarakkan Sambutan Kedatangan Ilal Hijrah 1445. Di samping itu, ianya merupakan salah satu usaha bagi menyebarkan dakwah Islamiah dan menjadikan Takwim Hijrah terus dimanfaatkan penggunaannya dari semasa ke semasa.


​​

 

Foto: PDI​