Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

TAKLIMAT PENGINTEGRASIAN MATA PELAJARAN UGAMA KE DALAM SISTEM PENDIDIKAN UMUM BAGI GURU-GURU BESAR SEKOLAH UGAMA & KETUA-KETUA GURU UGAMA IRK JABATAN PENGAJIAN ISLAM

25 October 2023

TAKLIMAT PENGINTEGRASIAN MATA PELAJARAN UGAMA KE DALAM SISTEM PENDIDIKAN UMUM BAGI GURU-GURU BESAR SEKOLAH UGAMA & KETUA-KETUA GURU UGAMA IRK JABATAN PENGAJIAN ISLAM

​

​​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Katok, Rabu, 10 Rabiulakhir 1445H bersamaan 25 Oktober 2023M–Bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai pelaksanaan Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama Ke Dalam Sistem Pendidikan Umum yang akan mula dilaksanakan pada Hari Rabu, 17 Rabiulakhir 1445H bersamaan 01 November 2023M nanti, Jabatan Pengajian Islam telah mengadakan sesi taklimat yang mengambil tempat di Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Ugama Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.

Takilmat pada sesi pagi telah disasarkan kepada 145 orang guru-guru besar sekolah ugama seluruh negara. Manakala, taklimat pada sesi petang pula dihadiri oleh 178 orang ketua-ketua guru ugama IRK, Jabatan Pengajian Islam.

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sesi taklimat juga dihadiri oleh Penolong Pengarah Perkhidmatan Korporat, Penolong Pengarah Institusi Pengajian, ketua-ketua Bahagian, pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua Unit di Jabatan Pengajian Islam.

Sesi taklimat juga diselajurkan dengan sesi soal jawab di antara yang hadir bersama pihak Jabatan Pengajian Islam.

Gambar-gambar sekitau Taklimat Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama Ke Dalam Sistem Pendidikan Umum​ pada sebelah pagi




Gambar Taklimat Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama Ke Dalam Sistem Pendidikan Umum​ pada sebelah petang


Foto: JPI