Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENERIMAAN PELAJAR-PELAJAR BAHARU INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH SESI PENGAJIAN 1445H / 2024M

20 January 2024

MAJLIS PENERIMAAN PELAJAR-PELAJAR BAHARU INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH SESI PENGAJIAN 1445H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 8 Rejab 1445 Bersamaan 20 Januari 2024-Majlis penerimaan pelajar-pelajar baharu Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi 1445H/2024M diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.  Pada tahun ini seramai 63 orang pelajar iaitu 30 orang lelaki dan 33 orang perempuan telah diterima masuk ke Institut tersebut bagi mengikuti pengajian di peringkat menengah.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.  Turut hadir, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, ibu bapa dan pelajar-pelajar baharu yang diraikan serta para pegawai, guru-guru dan kakitangan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


Terdahulu, program minggu Ta'aruf (orientasi) bagi pelajar-pelajar baharu telah diadakan selama 6 hari bermula dari 08 hingga 13 Januari 2024.  Antara aktiviti yang diaturkan sepanjang sesi orientasi tersebut seperti Bengkel Pengenalan Hafazan Al-Quran; Taklimat mengenai Bahagian Asrama dan Bahagian Perpustakaan serta Tinjauan Bangunan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Taklimat Pengenalan Bahagian Kaunseling dan Kerjaya; Kem Motivasi dan Kepimpinan; Kelas Al-Quran, Solat Sunat Dhuha Berjemaah; Malam Cinta Rasul; Hafazan Challenge; Transformasi Huffaz, Taklimat Fire Drill; Etika Pakaian; dan Aktiviti Sukan serta Kuliah Subuh.

Majlis bermula dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada pelajar baharu Tahun 7 bagi sesi pengajian 1445H/2024M di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu bacaan Surah Al-Baqarah dari ayat 284-286 oleh Yang Mulia Awang Muhammad Faqieh bin Fisol manakala intisari dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Azhan Az Zoreef bin Haji Md Syahiran.

Diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yang Mulia Ustaz Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit.  Disusuli ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis.

Seterusnya, penyerahan Mushaf Al-Quran kepada pelajar-pelajar baharu oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat dan kemudiannya bacaan ikrar daripada para pelajar baharu Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sesi 1445H/2024M diketuai oleh Yang Mulia Awang Muhammad Aryan Rizqin bin Ruslani.  Diikuti dengan penerimaan pelajar-pelajar baharu ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Awang Irma Mohammad Hazmie bin Haji Metussin.


 



Foto: ITQSHHB