Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS HAFLUT TAKREEM WAT-TARHEEB DIPLOMA TERTINGGI ‘ALIYAH QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH 1445/2024

03 February 2024

MAJLIS HAFLUT TAKREEM WAT-TARHEEB DIPLOMA TERTINGGI ‘ALIYAH QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH 1445/2024

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 22 Rejab 1445H bersamaan 03 Februari 2024–Majlis Haflut Takreem Wattarheeb Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada para siswa dan siswi Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat yang meraih keputusan cemerlang pada tahun 2023.  Majlis diteruskan dengan penyampaian penghargaan kepada mantan Nadi Diploma 'Aliyah Qiraat atas segala komitmen dan kesungguhan yang telah disumbangkan sepanjang sesi 2022/2023. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, timbalan-timbalan pengetua, para pensyarah, pegawai, guru-guru serta siswa dan siswi Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Muhammad Azib bin Muhammad Azim, siswa Tahun 3 Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Diikuti dengan ceramah motivasi sebelum menghadapi peperiksaan serta sesi kongsisama yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Fikri bin Haji Sharbini.

Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah dan anugerah kepada para siswa dan siswi Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat serta penyampaian sijil kepada mantan Nadi Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat bagi sesi 2022/2023. Majlis diselanjurkan juga dengan penyerahan tugas dan lantikan jawatan Nadi Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat yang baharu bagi sesi 2023/2024.