Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

SEORANG PEREMPUAN BANGSA FILIPINA MEMILIH UGAMA ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP

06 February 2024

SEORANG PEREMPUAN BANGSA FILIPINA MEMILIH UGAMA ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

BELAIT, Selasa, 25 Rejab 1445 bersamaan 6 Februari 2024–Seorang perempuan bangsa Filipina telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada Majlis Pengislaman bertempat di Dewan Serbaguna Serikandi Cafe dan Restaurant, Kuala Belait.

Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.  Diikuti dengan Lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Lee Ann Duhaylungsod Castanares, 34 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Siti Nur Aisyah binti Abdullah Castanares.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu diraikan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Yang Mulia Awang Haji Amirol Hafizin bin Haji Muhammad.

Acara diserikan lagi dengan Dikir Asyraqal dan menabur bunga rampai.  Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Pejabat Unit Da'wah Belait mencatatkan seramai 7 orang yang telah memeluk agama Islam pada bulan Januari 2024.



Foto: PDI