Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

RAPTAI PENUH MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1444 HIJRAH

06 February 2024

RAPTAI PENUH MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1444 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BERAKAS, Selasa, 25 Rejab 1445 bersamaan 6 Februari 2024–Negara Brunei Darussalam akan meraikan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah pada Hari Khamis, 27 Rejab 1445 Hijrah bersamaan 08 Februari 2024 Masihi, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas mulai jam 9.00 pagi.

Bagi memastikan kelancaran majlis itu nanti, raptai penuh diadakan pagi tadi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Hadir bagi memastikan latihan berjalan lancar dan sempurna ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad.

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) selaku Pengerusi Unified National Networks Sdn.Bhd (UNN); Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1445 Hijrah.

Tema Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah ialah “Sembahyang Tiang Ugama". Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara tahun ini akan diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, persembahan selawat, ceramah khas dan persembahan khas.

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Pusat Da'wah Islamiah; dan Unified National Networks Sdn.Bhd. (UNN).

 

 

Foto: BPAAM