Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENCERAMAH JEMPUTAN DARI MALAYSIA YANG AKAN MENYAMPAIKAN CERAMAH SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ BAGI TAHUN 1445 HIJRAH

07 February 2024

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENCERAMAH JEMPUTAN DARI MALAYSIA YANG AKAN MENYAMPAIKAN CERAMAH SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ BAGI TAHUN 1445 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Rabu, 26 Rejab 1445 bersamaan 07 Februari 2023-Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman petang tadi menerima kunjungan hormat daripada penceramah jemputan dari Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Profesor Madya Dr Haji Md Farid Ravi bin Abdullah.

Kunjungan Hormat berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Turut hadir di Kunjung Hormat tersebut, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan;  Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim;  Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim;  dan Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Yang Berbahagia Dato' Profesor Madya Dr Haji Md Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS), Malaysia, akan menyampaikan ceramah sempena Majlis Sambuatan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah, pada Hari Khamis, 27 Rejab 1445 bersamaan 08 Februari 2023 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 ​​



​Foto: BPAAM