Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1445 HIJRAH

08 February 2024

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1445 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​​

BERAKAS, Khamis, 27 Rejab 1445 bersamaan 08 Februari 2024–Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Isra' Dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah. Majlis berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.


Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda-adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Jabatan Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Timbalan Menteri (Tenaga) Di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Pengerusi Unified National Networks Sdn Bhd. serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah dimulakan dengan bacaan Al-Qur'an dengan format Zainul Qur'an, ayat 01 hingga 11 Surah Al-Mu'minuun oleh tiga orang adik beradik. Mereka ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, Naib Johan Qari Musabaqah Tiawah Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur Malaysia Tahun 2016 dan 2017 dan lapan (8) kali mendapat Johan Qari Musabaqh Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Yang Mulia Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki, Johan Qari Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah/ 2023 Masihi. Pernah mewakili Musabaqah Tilawah Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa di Kuwait. Beliau pernah mewakili Musabaqah Membacaal-Qur'an Peringkat Antarabangsa Jakarta dan; Yang Mulia Pengiran Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki, Johan Qariah Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 2021 Masihi. Johan Qariah Musabaqah Tilawah Al- Qur'an Peringkat Belia Asia Tenggara Tahun 2020.

Dikuti dengan Sembah alu-aluan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah.

Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Titah.

Majlis diteruskan dengan Persembahan Selawat An-Nur oleh gabungan para pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Unified National Networks Sdn Bhd..

Kemudian diikuti dengan Ceramah Khas bertajuk “Sembahyang Tiang Ugama" disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Profesor Madya Doktor Muhammad Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor, Malaysia.

Majlis diserikan dengan Persembahan Khas yang mengetengahkan Muallaf, Belia Asy-Syahadah dan Persatuan Nurul Islam di bawah Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Majlis Dikendalikan Bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pusat Da'wah Islamiah dan Unified National Netwoks Sdn.Bhd.

Tema Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah ialah" Sembahyang Tiang Ugama".

  

  

​Foto: i-Ready BPAAM