Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN SEBUAH KELUARGA BANGSA IBAN TERIMA HIDAYAH

11 February 2024

MAJLIS PENGISLAMAN SEBUAH KELUARGA BANGSA IBAN TERIMA HIDAYAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

BELAIT, Ahad, 01 Sya'ban 1445 bersamaan 11 Februari 2024–Sebuah keluarga berbangsa Iban menyahut seruan untuk memeluk ugama Islam dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah serta ikrar Pengislaman mereka pada Petang tadi.

Hadir selaku Tetamu kehormat Majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan datin.


Turut Hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohammad Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar  dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, serta Yang Mulia Awang Mohammad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan surah Al-Fatihah. Diteruskan dengan Lafaz Dua Kalimah Syahadah didahului oleh Sebester Demu Anak Uli, 41 Tahun yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Sulaiman bin Abdullah Uli. Diikuti oleh Deon Stanley Anak Sebester Demu, 16 Tahun yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Amsyar Danial bin Muhammad Sulaiman. Seterusnya, Zuriah binti Bundan, 40 Tahun yang memilih nama Islamnya Sebagai Nur Rania Zahra binti Muhammad Sofian dan kemudiannya Sheirly Elyana Anak Sebester Demu, 18 Tahun, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nur Haura Mikayla binti Muhammad Sulaiman.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada keluarga diraikan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Acara diserikan lagi dengan Dikir Asyraqal dan menabur bunga rampai. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Imam Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Sejak awal Januari 2024, seramai 25 orang yang telah memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam. Manakala 7 orang daripadanya adalah dari Daerah Belait.

 

​Foto: PDI