Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM AHLAN YA RAMADHAN

04 March 2024

PROGRAM AHLAN YA RAMADHAN

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Isnin, 23 Sya'ban 1445 bersamaan 04 Mac 2024–Dalam persediaan menyambut bulan Ramadhan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Program Ahlan Ya Ramadhan pagi tadi di Surau Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Ustaz Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Turut hadir bagi sama-sama mengimarahkan program ialah warga Jabatan Pengajian Islam, pengetua-pengetua, guru-guru dan para pelajar sekolah Arab.

Majlis pagi tadi dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.  Majlis diisikan dengan Sesi Bual Bicara: "Keberkatan Beribadah dan Kesejahteraan Menuntut Ilmu" disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid, Pegawai Tuga-Tugas Khas Tingkat II, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Panel I.  Manakala, Yang Mulia Dayang Nurasma Aini binti Haji Mohd Yassin, Pegawai Penjaga Zat Makanan Kanan, Kementerian Kesihatan, selaku Panel II.

Acara tersebut bertujuan sebagai persediaan awal bagi memastikan pelajar-pelajar dapat meraih keberkatan melalui pelaksanaan ibadah puasa di bulan Ramadhan, di samping memberi bimbingan kepada para pelajar untuk sentiasa memelihara kesejahteraan diri dalam menuntut ilmu ketika melaksanakan ibadah puasa.  Sesi Bual Bicara juga merangkumi perkongsian ilmu berkenaan ibadah-ibadah yang dituntut di bulan Ramadhan.

Acara diteruskan dengan bacaan Zikir Maghfirah Wa Ar-Rahmah dan diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

​Foto: JPI