Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ROMBONGAN TADARUS AL-QURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

30 March 2024

ROMBONGAN TADARUS AL-QURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Temburong, Sabtu, 19 Ramadhan 1445 bersamaan 30 Mac 2024-Bulan Ramadhan al-Mubarak menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda kepada setiap amalan yang dilakukan oleh setiap orang muslim.  Di dalam bulan Ramadhan terhimpun rahmat serta keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan peluang-peluang mendapatkan kelebihan dan pahala yang berlipat ganda itu turut dibukakan seluas-luasnya kepada kita sepanjang bulan ini.

Rombongan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama turut merebut kebaikan dan pahala yang berganda di bulan Ramadhan ini dengan menghadiri Majlis Tadarus pada petang tadi, di Masjid Kampong Puni, Daerah Temburong.  Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis.  Diikuti dengan Tadabbur al-Quran oleh Yang Mulia Awang Matussien bin Haji Jumat, Penolong Profesor, Fakulti Ussuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.  Acara diteruskan dengan Tadarus al-Quran.  Disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Rombongan Tadarus para pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya akan mengunjungi Masjid Az-Zakireen Meragang dengan Majlis Khatam pada Hari Rabu, 03 April 2024, jam 5.00 petang.

 

Foto: JHEM