Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS IFTAR RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARJAH IV SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA 1445H/2024M

01 April 2024

MAJLIS IFTAR RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARJAH IV SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Gadong, Isnin, 21 Ramadhan 1445 bersamaan 01 April 2024–Dalam mengambil berat dan prihatin terhadap kebajikan golongan anak-anak yatim di Negara ini, Hotel Antarabangsa Rizqun dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama lewat petang tadi mengadakan Majlis Iftar Ramadhan Bersama Anak-anak Yatim Darjah IV Sekolah-sekolah Ugama.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis yang diadakan di Songket Ballroom, hotel berkenaan, ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

Turut hadir,  Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Surah Yasin, Tahlil serta Doa Arwah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Abdul Razak bin Haji Mohd. Daud dari Jabatan Pengajian Islam.

Acara juga diteruskan dengan penyerahan sumbangan derma kepada seramai 171 orang anak yatim oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Majlis tersebut merupakan amal infaq pihak Abdul Razak Holding mengambil sukut baik keberkatan bulan Ramadhan dan secara tidak langsung dihasratkan membantu meringankan perbelanjaan anak-anak yatim menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, di samping untuk sama-sama mendoakan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah khususnya bapa-bapa dan penjaga-penjaga anak-anak yatim serta umat Islam amnya.