Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KUMPULAN BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA SEMPENA TADARUS AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN KALI KE-9 BAGI TAHUN 1445H/2024M

01 April 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KUMPULAN BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA SEMPENA TADARUS AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN KALI KE-9 BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Jerudong, Isnin, 21 Ramadhan 1445 bersamaan 01 April 2024–Majlis bertadarus di masjid-masjid seluruh negara sedang giat dilaksanakan bagi memeriahkan lagi suasana bulan Ramadhan yang mubarak dan penuh keberkatan ini.  Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bekerjasama dalam mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Seluruh Negara Sempena Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadhan bagi Tahun 1445H/2024M.

Majlis diadakan pagi tadi di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong.  Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk  menyuntik semangat cinta kepada kitab suci Al-Qur'an dan beramal dengannya.  Di samping untuk meningkatkan lagi amalan di bulan Ramadhan yang Mubarak ini. Acara ini juga dihasrat dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan ahli kumpulan belia masjid seluruh Negara sekaligus menyemarakkan lagi masjid dengan aktiviti-aktiviti keugamaan demi menuju ke sebuah “Negara Zikir".

Semoga dengan adanya acara seumpama ini akan dapat membiasakan para belia dan beliawanis untuk membaca Al-Quran setiap masa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

 

​Foto: JHEM