Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN WANITA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1445H/2024M

02 April 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN WANITA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Meragang, Selasa, 22 Ramadhan 1445 bersamaan 02 April 2024-Sempena bulan Ramadhan yang mubarak ini, ramai pihak termasuk kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan atau pihak-pihak swasta dan keluarga serta individu di Negara ini giat meningkatkan amalan dengan menganjurkan acara-acara keagamaan bertujuan bagi meraih pahala berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wa ta'ala.  Antara aktiviti yang sering menyemarakkan bulan Ramadhan ialah bertadarus Al-Quran.

Sehubungan dengan itu, Majlis Khatam Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Wanita Kementerian Hal Ehwal Ugama diadakan pada pagi tadi di Masjid Az-Zakireen Meragang.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Dayang Nahriah binti Haji Awang Asbi, Isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Datin Hajah Dayang Nahriah binti Haji Awang Asbi.

Kemudian Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan diketuai oleh Yang Mulia Ustazah Dayang Siti Huzzaimah Yadey binti Haji Rosli, Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas Jabatan Pengajian Islam.

Sejurus itu, bacaan Tahtim dipimpin oleh Yang Mulia Ustazah Dayang Hajah Rohani binti Haji Kamis, Pegawai Pelajaran, Jabatan Pengajian Islam.

Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Peliharakan Sultan oleh Yang Mulia Dayang Rasidah binti Haji Apong, Pegawal Ugama, Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei.

Aktiviti keagamaan tahunan Kementerian ini adalah sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid-masjid di Negara ini sekaligus dapat meningkatkan lagi ibadat dalam merebut ganjaran yang besar di bulan Ramadhan melalui amalan Tadarus Al-Quran.  Di samping itu, dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan para pegawai dan kakitangan wanita di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 


Foto: i-Ready BPAAM