Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ROMBONGAN BERTADARUS SEMPENA BULAN RAMADHAN KE MASJID-MASJID DAERAH BELAIT TAHUN 1445H / 2024M

01 April 2024

ROMBONGAN BERTADARUS SEMPENA BULAN RAMADHAN KE MASJID-MASJID DAERAH BELAIT TAHUN 1445H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Sungai Liang, Isnin, 21 Ramadhan 1445 bersamaan 01 April 2024–Bersempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, rombongan Tadarus bagi Jabatan-Jabatan Kerajaan di Daerah Belait petang tadi meneruskan lagi Majlis Tadarus ke Masjid Kampung Sungai Liang.

Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait. Majlis Tadarus Al-Quran ini diselenggarakan bersama Jabatan Daerah Belait dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait.

Turut hadir Yang Mulia Awang Mohamad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohamad Ikhwan bin Irwandy, Imam Tingkat III, Masjid Kampung Sungai Liang. Diikuti dengan Tadarus Al-Quran dan seterusnya bacaan tahlil dan doa arwah.

Masuknya waktu Maghrib, rombongan, para jemputan, ahli jawatankuasa takmir dan Jemaah masjid bersungkai bersama sebelum menunaikan Solat Fardu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Awang Mohamad Ikhwan bin Irwandy.

Tujuan majlis tadarus diadakan adalah sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid, mengeratkan silaturrahim antara para pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan dengan jemaah masjid dan penduduk kampong di samping meraih pahala berlipat ganda dengan meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini.