Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM SIRI TADABBUR AL-QURAN 7.0 (STQ 7.0) YANG BERTEMAKAN “JADIKAN ALLAH PENDAMPING HIDUP KITA”

01 April 2024

PROGRAM SIRI TADABBUR AL-QURAN 7.0 (STQ 7.0) YANG BERTEMAKAN “JADIKAN ALLAH PENDAMPING HIDUP KITA”

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BERAKAS, 21 Ramadhan 1445 bersamaan 1 April 2024–Badan Sukarelawan Belia Da'ie dengan sokongan Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Da'wah Islamiah telah meneruskan Program Siri Tadabbur Al-Qur'an 7.0 bagi minggu yang ketiga bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Da'wah Islamiah.

Dengan membawakan tajuk “Jadikan Allah Pendamping Hidup Kita" petikan dari surah Al-Insyirah Ayat 5 hingga 6 yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah. Diantara pengisiannya menyatakan bahawa setiap ujian dan kesusahan yang kita hadapi, pasti akan menemui sinar dihujungnya dan pasti akan ada kemudahan dan kelapangan sesudahnya. Surah ini juga mengajar kita agar tabah dan sabar menghadapi rintangan di dalam kehidupan, apapun kesusahan yang berlaku, kita hendaklah menerimanya dengan redha dan berfikiran positif sambil mengamalkan Istirja'.

Pada minggu ini juga ditambah dengan satu segmen khas iaitu sesi online Kuiz dikelolakan oleh Ahli jawatankuasa Belia Da'ie.

Sambutan orang ramai adalah amat menggalakkan iaitu seramai 62 orang telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada kalangan para asatizah Negara Brunei Darussalam (NBD), pegawai-pegawai kerajaan, golongan orang-orang bersara, para belia-belia termasuk NGO luar, mahasiswa dan mahasiswi universiti, alumni-alumni Akademi Da'wah dan juga persendirian. Rakaman program ini juga boleh didapati di laman Instagram rasmi Belia Da'ie.

Program STQ 7.0 ini bakal diteruskan lagi bagi minggu ke-empat & terakhir pada hari Isnin, 8hb April 2024M bersama penceramah jemputan yang lain. Penyertaan dibukakan untuk orang ramai dari pelbagai peringkat umur beserta para belia adalah dialu-alukan untuk hadir dan juga boleh mengikuti secara maya melalui Instagram rasmi Belia Da'ie (@beliadaie) bagi makluman lanjut.

 

Foto: PDI