Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ROMBONGAN TADARUS KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

03 April 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ROMBONGAN TADARUS KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Meragang, Rabu, 23 Ramadhan 1445 bersamaan 3 April 2024–Majlis Tadarus Rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang telah diadakan di beberapa buah masjid di Negara ini bersempena bulan Ramadhan bertujuan bagi meningkatkan lagi hubungan silaturrahim, kesepakatan dan ukhuwwah yang sedia terjalin di kalangan warga Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan penduduk-penduduk kampong, masyarakat serta umat Islam di Negara ini berakhir pada hari ini dengan Majlis Khatam Al-Quran.
Majlis tersebut diadakan di Masjid Az-Zakireen Meragang. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis.  Diikuti dengan Tadabbur Al-Quran disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd. Azmi bin Haji Omar, Pengarah Pusat Pengajian Kefahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Acara diteruskan lagi dengan Khatam Al-Quran dan disusuli dengan bacaan Tahlil, Doa Khatam, Doa Arwah yang diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

​Foto: i-Ready BPAAM