Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ERATKAN SILATURRAHIM PUSAT DA'WAH ISLAMIAH, PUSAT REINTEGRASI DAN PERSATUAN AFSA (AFTERCARE SUPPORT ASSOCIATION) BERSAMA RAKAN SELIAAN

03 April 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ERATKAN SILATURRAHIM PUSAT DA'WAH ISLAMIAH, PUSAT REINTEGRASI DAN PERSATUAN AFSA (AFTERCARE SUPPORT ASSOCIATION) BERSAMA RAKAN SELIAAN

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

BERAKAS, Rabu, 23 Ramadhan 1445 bersamaan 03 April 2024-Pusat Da'wah Islamiah melalui Bahagian Penyebaran Da'wah (Kaunseling) berserta Pusat Reintegrasi, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Persatuan AFSA (Aftercare Support Association) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersama Rakan Seliaan bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Pulaie.
Hadir selaku Tetamu Khas ialah Pemangku Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da'wah Islamiah, Yang Mulia Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong dan Ketua Pemulihan dan Reintegrasi, Penguasa Penjara, Yang Mulia Pengiran Roslinawati binti Pengiran Haji Omar.
Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Muhammad Fuad bin Pengiran Haji Sulaiman, Pemangku Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah dan Yang Mulia Dayang Hajah Juhana binti Haji Mohd. Jaya, Yang Dipertua Persatuan AFSA.
Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Awangku Mohd Aziman bin Pengiran Haji_Rakawi, Pegawai Ugama, Bahagian Penyebaran Da'wah (Kaunseling). Diikuti dengan penyampaian Tazkirah pendek yang bertajuk "Kelebihan Membaca Al-Quran" oleh Yang Mulia, Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Haji Basar, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah (Kaunseling). Antara Intipati tazkirahnya ialah antara kelebihan membaca Al-Quran ialah di akhirat kelak akan menjadi peneman bagi pembacanya, menjadi cahaya yang menyinari di dalam kegelapan, dan membaca Al-Quran dapat menenangkan jiwa serta Allah mengangkat martabat golongan yang membaca Al-Quran. Di samping itu juga setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala dan membanyakkan doa meminta pengampunan kepada Allah Subhanahu Wa ta'ala.
Majlis juga diselajurkan dengan bacan takhtim dan doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh ahli Rakan Seliaan, dan diteruskan dengan Bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh ahli Rakan Seliaan. Kemudiannya penyampaian cenderahati kepada Rakan Seliaan.
Antara objektif aktiviti tahunan ini diadakan ialah untuk menggalakkan para Rakan Seliaan bagi sama-sama menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh berkah di samping melipatgandakan pahala serta amal ibadah. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengajak para Rakan Seliaan bagi sama-sama menghayati bulan Ramadhan dengan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti membaca Al-Quran dan seterusnya khatam Al-Quran. Selain itu, aktiviti seumpama ini juga merupakan salah satu syiar bagi menyampaikan dakwah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga Pusat Da'wah Islamiah, Pusat Reintegrasi, Persatuan AFSA dan para Rakan Seliaan.


Foto: PDI