Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT DARIPADA PERBADANAN TABUNG AMANAH ISLAM BRUNEI, SYARIKAT AL BUKHARI SDN BHD DAN KOPERASI PERSATUAN TIBA (KOTIBA).

09 April 2024

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT DARIPADA PERBADANAN TABUNG AMANAH ISLAM BRUNEI, SYARIKAT AL BUKHARI SDN BHD DAN KOPERASI PERSATUAN TIBA (KOTIBA).

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BERAKAS, Selasa, 29 Ramadhan 1445 bersamaan 09 April 2024–Bulan Ramadhan sering dikaitkan dengan kewajipan membayar zakat samada Zakat Fitrah mahupun Zakat Harta.

Sehubungan dengan itu, hari ini telah diadakan majlis penyerahan Zakat Perniagaan dan Zakat Wang Simpanan dari syarikat-syarikat berikut:-

a.Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, telah menyerahkan Zakat Wang Simpanan Pelanggan berjumlah $4,139,431.89 (Empat Juta Satu Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu, Empat Ratus Tiga Puluh Satu Ringgit dan Lapan Puluh Sembilan Sen), Yang diserahkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei.

Zakat Wang Simpanan yang diserahkan adalah hasil kutipan Perbadanan TAIB selaku amil yang di lantik oleh Majlis Ugama Islam yang diterima dari sejumlah 4047 akaun penyimpan-penyimpan Perbadanan TAIB sepanjang bulan Januari hingga Disember 2023.

b.Syarikat Al Bukhari Sdn Bhd menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah $25,700.00 (Dua Puluh Lima Ribu, Tujuh Ratus Ringgit) yang diserahkan oleh Yang Mulia Awang Taimour Alam, Penolong Pengurus Syarikat Al Bukhari Sdn Bhd.

c.Koperasi Persatuan Tiba (KOTIBA) menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah $56,977.13 (Lima Puluh Enam Ribu, Sembilan Ratus Tujuh Puluh Tujuh Ringgit dan Tiga Belas Sen), oleh Yang Mulia Awang Haji Matassan bin Haji Bungso, Pengerusi Lembaga Pengarah KOTIBA.

Kesemua zakat tersebut diserahkan kepada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei.

Hadir sama menyaksikan penyerahan wang zakat tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei; Yang Mulia Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Yang Mulia Pengiran Dr Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pemangku Pengarah Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal, Kemetenrian Hal Ehwal Ugama.

Majlis diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Majlis penyerahan daripada Syarikat Al Bukhari Sdn Bhd dan Koperasi Persatuan Tiba (KOTIBA) telah diadakan sebelah pagi. Manakala Tabung Amanah Islam Brunei diadakan penyerahannya pada sebelah petang.

 

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei. menyerahkan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama




Koperasi Persatuan Tiba (KOTIBA) menyerahkan Zakat Perniagaan oleh Yang Mulia Awang Haji Matassan bin Haji Bungso, Pengerusi Lembaga Pengarah KOTIBA.




Syarikat Al Bukhari Sdn Bhd menyerahkan Zakat Perniagaan


Foto: i-Ready BPAAM