Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENYERAHAN WAQAF MUSHAF UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) UNTUK DIAGIHKAN KEPADA MUALLAF DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

13 May 2024

PENYERAHAN WAQAF MUSHAF UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) UNTUK DIAGIHKAN KEPADA MUALLAF DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Pulaie, Isnin, 04 Zulkaedah 1445 bersamaan 13 Mei 2024–Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menyerahkan sebanyak 1,000 buah Mushaf Universiti Islam Sultan Sharif Ali kepada Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf)  bagi tujuan untuk diagihkan kepada para Muallaf di Negara Brunei Darussalam.

Penyerahan Waqaf Mushaf UNISSA disempurnakan oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal kepada Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Abd Rajid bin Haji Md Salleh pada pagi tadi di Pusat Da'wah Islamiah, Kampung Pulaie.

Dengan pengagihan Waqaf Mushaf tersebut kepada para Muallaf di negara ini adalah diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta akan menyuntik lagi semangat para Muallaf untuk sentiasa berdamping dengan al-Qur'an sekaligus dapat melahirkan golongan Muallaf yang dekat dengan al-Qur'an, yang hidup mereka berpandukan kepada al-Qur'an, tutur bahasa serta tindak tanduknya berlandaskan kepada ajaran-ajaran al-Qur'an yang mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. 

Semoga Allah Subhanahu Wa ta'ala jua akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kepada para penginfak.

 

Foto: PDI