Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS DOA SELAMAT DAN RAMAH MESRA BERSAMA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TAHUN 1445H/2024M

14 May 2024

MAJLIS DOA SELAMAT DAN RAMAH MESRA BERSAMA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Jerudong, Selasa 05 Zulkaedah 1445 bersamaan 14 Mei 2024-Seramai 1,000 orang bakal jemaah Haji Negara Brunei Darussalam akan menunaikan Ibadat Haji ke Tanah Suci pada musim Haji tahun 1445H/2024M. Sehubungan dengan itu, pagi tadi diadakan Majlis Doa Selamat dan Ramah Mesra Bersama Bakal Jemaah Haji bertempat di Dewan Banquet Bridex, Jerudong.

Di samping bertujuan untuk meraikan bakal jemaah Haji negara, Majlis tersebut sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Majlis adalah juga untuk memohon kehadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala agar semua bakal jemaah Haji sentiasa mendapat perlindungan dan keselamatan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin.

Dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, antara lain menasihatkan bahawa “seruan atau panggilan suci yang sampai kepada kita untuk menunaikan ibadat Haji itu adalah ni'mat Allah yang amat berharga dan wajib kita penuhi dan syukuri. Maka bakal jemaah haji yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengurniakan ni'matNya kepada biskita untuk mengerjakan ibadat haji, maka biskita wajiblah mensyukuri ni'mat itu dengan menghargai peluang beribadat haji sebaik-baiknya, tidak mensia-siakannya, tidak mencuai-cuaikannya".

Yang Berhormat seterusnya mengingatkan agar “jangan lupa berazam untuk menggunakan kesempatan ketika berada di Tanah Suci nanti menunaikan ibadat Haji, dengan bersungguh-sungguh beribadat dan membuat kebajikan, menjaga dan mengawal diri dari melanggar pantang larang ibadat, bersikap ramah dan berbaik sangka sesama jemaah serta sentiasa menanamkan sifat sabar di setiap keadaan."

Majlis Doa Selamat dan Ramah Mesra Bersama Bakal Jemaah Haji Tahun 1445H / 2024M dikendalikan oleh Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji.

Hadir sama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah H. Al Buraithin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd. Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir, Pengurus-Pengurus daripada 7 buah Syarikat Pengendali Pakej Haji dan Umrah bagi musim Haji tahun 1445H/2024M.


 


Foto: i-Ready BPAAM