Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI MAJLIS SAMBUTAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM PERINGKAT NEGARA DAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH

15 May 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI MAJLIS SAMBUTAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM PERINGKAT NEGARA DAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Rabu, 06 Zulkaedah 1445 bersamaan 15 Mei 2024–Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Agenda mesyuarat adalah bagi membincangkan format dan tema sambutan, tarikh, tempat mengadakan majlis, pengisian atur cara serta perkara-perkara yang berhubungkait dengan Sambutan Majlis Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan sepanjang tahun 1446 Hijrah.  Mesyuarat juga membincangkan Pengendali-Pengendali Bersama setiap majlis.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah.

Hadir di Mesyuarat tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar ; Timbalan Mufti Kerajaan Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin ; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian-Kementerian ; Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan serta Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Adalah menjadi harapan pihak Jawatankuasa agar Sambutan Majlis Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan sepanjang tahun 1446 Hijrah dikendalikan dengan lebih teratur dan sempurna, dan sambutan diisi dengan acara bermanfaat yang boleh mengasuh serta memupuk semangat cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ugama dan raja di kalangan seluruh rakyat dan penduduk. Seterusnya menambahkan lagi keimanan kepada umat Islam khususnya di Negara Brunei Darussalam.

 

​Foto: BPAAM