Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS HAFL AL-TAKHARRUJ DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR TERBAIK DAN CEMERLANG BAGI MA’HAD ISLAM BRUNEI, TUTONG TAHUN 1444H / 2023M

22 May 2024

MAJLIS HAFL AL-TAKHARRUJ DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR TERBAIK DAN CEMERLANG BAGI MA’HAD ISLAM BRUNEI, TUTONG TAHUN 1444H / 2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Tutong, Rabu, 13 Zulkaedah 1445 bersamaan 22 Mei 2024–Bagi menghargai usaha dan meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Awam Tahun 2023 yang lalu, Ma'had Islam Brunei mengadakan Majlis Hafl Al-Takharruj dan Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik dan Cemerlang bertempat di Dewan Besar sekolah berkenaan.

Seramai 40 orang lepasan pelajar Ma'had Islam Brunei menerima sijil dan hadiah bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Brunei-Cambridge GCE 'O' Level bagi tahun 2023.  Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada 52 orang pelajar yang cemerlang dalam PSR, SPE dan juga Peperiksaan Akhir Tahun yang lalu.

Seterusnya, penyampaian sijil kepada tenaga-tenaga pengajar yang mencapai kecemerlangan.  Acara penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.  

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.  Diikuti dengan Ucapan Alu-aluan dari Pemangku Pengetua, Ma'had Islam Brunei, Yang Mulia Dayang Sarimah binti Haji Ahmad yang kemudiannya juga diserikan dengan Persembahan Puisi Bahasa Arab.