Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI PELAJAR-PELAJAR DARJAH VI SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS) BAGI TAHUN 2024M /1445H

24 May 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI PELAJAR-PELAJAR DARJAH VI SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS) BAGI TAHUN 2024M /1445H

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Rimba, Jumaat, 15 Zulkaedah 1445 bersamaan 24 Mei 2024–Seramai 64 orang murid Darjah VI Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong yang telah berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 Juzuk, diraikan di Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Auditorium, Art Centre, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) pada petang tadi.

Hadir menyemarakkan lagi acara berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Protokol, Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Yang Mulia Awang Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd Taib, yang juga memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan Majlis.

Majlis diikuti dengan bacaan surah-surah Al-Quran oleh para peserta Khatam dan disusuli dengan  Doa Khatam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Mateen bin Awang Ibno.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil kepada para peserta Khatam disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.  Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Cikgu Awang Norimy bin Haji Ahad.

Majlis Khatam Al-Quran merupakan aktiviti tahunan Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan dalam penghayatan beragama.