Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG PEREMPUAN BERBANGSA FILIPINA

09 June 2024

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG PEREMPUAN BERBANGSA FILIPINA

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Tutong, Ahad, 2 Zulhijjah 1445 bersamaan 9 Jun 2024-Seorang perempuan berbangsa Filipina, Dayang Melody Valles Mateo, 33 tahun, melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Majlis Pengislaman yang berlangsung pagi tadi di Pejabat Unit Da'wah Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

Hadir sama, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Pusat Da'wah Islamiah dan Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan bacaan Surah Al-Fatihah. Diikuti dengan Lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Dayang Melody Valles Mateo, yang kemudian memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Faizah binti Abdullah Mateo.

Majlis pengislaman tersebut disempurnakan oleh pegawai–pegawai Pengislaman daripada Pejabat Unit Da'wah Daerah Tutong, Bahagian Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati daripada Pusat Da'wah Islamiah kepada saudara baharu yang diraikan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Sejak awal Januari hingga 4 Jun 2024, seramai 144 orang yang telah memeluk ugama Islam di seluruh Negara. Dari jumlah tersebut, 30 orang adalah dari Daerah Tutong.

 

 

 

​Foto: PDI