Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446 PERINGKAT DAERAH BELAIT

06 July 2024

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446 PERINGKAT DAERAH BELAIT

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kuala Belait, Sabtu, 01 Muharram 1446 bersamaan 06 Julai 2024–Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait menjadi tumpuan bagi Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446, Peringkat Daerah Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Turut hadir, Yang Mulia Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Jabatan Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; dan Yang Mulia Awang Mohamad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Juga hadir, penghulu dan ketua-ketua kampung, ketua-ketua cawangan setiap jabatan di Daerah Belait serta para pegawai dan kakitangan kerajaan dan juga penduduk di Daerah Belait.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah oleh Yang Mulia Awang Abdul Qayyuum bin Haji Aminnuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, yang juga mengimamkan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.

Diteruskan dengan bacaan Doa Awal Tahun Hijrah dan diselajurkan dengan Sembahyang Sunat Ba'diah dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah.   Manakala Doa Selamat dibacakan sekali lagi oleh Yang Mulia Awang Abdul Qayyuum bin Haji Aminnuddin bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negara Brunei Darussalam sentiasa beroleh keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar daripada segala wabak penyakit dan bala bencana.

 

​Foto: PHEUDB